Ikan Masak Asam Pedas

Wednesday, June 8, 2011


Bahan-bahannya:

2 keping ikan patin
10 biji cili merah
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 cm halia
2 batang serai
2 potong nanas -dipotong kecil
Air asam jawa
Garam/kunyit secukupnya


Cara Membuatnya:

1. Bersihkan ikan dan perap lima minit dengan air asam jawa.
2. Kisar halus cili merah, bawang merah, bawang putih dan halia. Titik serai.
3. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga wangi. Masukkan serai, ikan, air asam jawa dan dua cawan air.
4. Biar mendidih baru masukkan nanas, garam dan kunyit. Setelah pekat bolehlah diangkat.
5. Hidangkan panas-panas.

Jangan membazir! Ayah tak ada duit!

Tuesday, March 8, 2011

Assalamualaikum semua,
Rasanya entry kali ni agak berlainan daripada entry2 sebelum ni. Bukan nak tukar topik, tetapi hati ni rasa terpanggil pula nak berkongsi cerita. Kisahnya biasa sahaja...selalu sangat terjadi di depan mata. Cuma kadang2 kita aje yang terlepas pandang.

Sebenarnya saya nak bercerita tentang satu adegan yang berlaku depan mata saya waktu sedang shopping tadi. Waktu tu semua orang tengah beratur untuk membayar dekat kaunter cashier. Depan saya adalah seorang lelaki berperawakan agak alim ( pada pandangan saya ). Berkain pelikat, baju melayu lengkap berkopiah sekali. Bersamanya seorang kanak2 perempuannya dalam lingkungan umur 7, 8 tahun (anaknya).Waktu tu lah anaknya ternampak sebungkus coklat ribena blackcurrant dan cakap,
" Eh ayah, ada gula2. Sedap ni rasa dia..." Ujar budak tu minta pengertian ayahnya. Si ayah sekadar diam...tidak menunjukkan sebarang reaksi padahal saya rasa dia dengar dengan jelas apa yang anaknya katakan.
" Ayah...nak beli ni...sedap ni..." Budak itu meminta lagi..dia merenung wajah si ayah penuh harapan.
" Eh! tak payahlah...mahal tu membazir je..." Ayahnya membalas sambil mendengus, menunjukkan perasaan tidak senang dengan permintaan si anak. Aku dapat melihat kekecewaan terpamer di wajah budak tu...yelah kalau ayah tak bagi, apa lagi nak dikata. Tiba2 dia ternampak sebungkus lagi gula2 yang sama dalam paket kecik. Harganya kalau tak salah aku cuma 80 sen sahaja. Wajah budak tu kembali ceria. Agaknya kali ni adalah harapan.
" Ayah, tengok... ni ada yang kecik. Murah je...ayah, belilah ayah."
" Ish, tak usahlah...membazir je makan gula2 tu. AYAH TAK ADA DUIT!!" Ujar si ayah agak geram dengan karenah si anak.

Sekali lagi si anak terlopong. Kehampaan jelas pada wajahnya...dia tunduk, diam dan tidak lagi meminta2 dari ayahnya. Barangkali benar, makan gula2 itu satu pembaziran...barangkali ayahnya betul2 tidak berduit.

Akhirnya mereka berdua sampai di kaunter pembayaran. Si ayah mengeluarkan semua barang yang mereka beli untuk dikira oleh juruwang. Aku sempat melihat sekilas pada barangan yang dibeli oleh si bapa. Semuanya serba sederhana...barangkali memang benar...si ayah tidak berduit. Aku membuat kesimpulan. Akhirnya sebelum membayar...satu kejutan berlaku. Aku terkesima...kali ini aku pula yang terlopong kebingungan.

" BAGI ROKOK SALEM 20 SATU "

Ujarnya meminta dari juruwang ( Di pasaraya rokok selalunya di letakkan di kaunter cashier )

???? apa sudah jadi? betulkah dia tiada duit?
Betulkah dia tidak suka membazir?
Adakah dia seorang bapa yang penyayang?

* Harga terkini untuk sebungkus rokok SALEM 20 batang = Rm 10.00

Resipi Lempeng

Tuesday, March 1, 2011






Bahan-bahan:

1) Tepung gandum (2 cawan)
2) Air (2 cawan)
3) Telur (1 biji)
4) Gula (1 sudu besar)
5) Garam (sedikit)


Cara-cara untuk membuatnya:

Gaul tepung dengan garam.

Masukkan air sedikit demi sedikit sambil kacau. (Susu cair/pekat juga boleh digunakan)


Masukkan gula dan telur. Pukul adunan hingga sebati.

Panaskan kuali, sapu sedikit minyak dan sendukkan adunan ke dalam kuali. Balikkan bila sebelahnya sudah masak.

Enak dimakan bersama kari, rendang atau gula.

Resipi cendol Tapai dengan Pulut




RESIPI CENDOL

Bahan-bahannya:

4 cawan tepung beras*
1/2 cawan tepung ubi*
8 helai daun pandan (ditumbuk)
5 cawan air
1/2 sudu teh garam
Pewarna makanan hijau

Cara membuatnya:

1. Daun pandan yang ditumbuk dimasukkan ke dalam lima cawan air. Tapis airnya dan dimasukkan garam dan pewarna makanan hijau.

2. Ambil 2 cawan air daun pandan tadi (No. 1) dan bancuh dengan bahan tepung. Ketepikan.

3. Lebihan air daun pandan dijerang di dalam periuk. Bila mendidih, masukkan adunan tepung sambil dikacau-kacau. Kecilkan api dan masak sehingga mendidih, terus alihkan dari api. Biarkan selama 5 minit.

4. Adunan yang panas ini dituang ke atas acuan pembentuk cendol yang diletakkan di atas besin berisi air sejuk. Tekan-tekan adunan dengan sudu leper, biar adunan keluar berjalur-jalur ke dalam air sejuk. Biarkan cendol di dalam air sejuk sehingga ia menjadi keras. Tuskan sebelum diguna.

Sirap gula nipah:

600 gram gula nipah
2 cawan air
4 helai daun pandan disimpul

1. Jerangkan kesemua bahan-bahan di atas di dalam periuk sehingga mendidih.

2. Tapis sirap dan ketepikan.

Kuah santan:

1 kg kelapa parut
3 cawan air masak yang telah sejuk
1 sudu teh garam

1. Kelapa parut digaulkan dengan 3 cawan air. Perahkan santan pekat.

2. Masukkan garam ke dalam santan dan ketepikan.

Menyediakan hidangan cendol:

Sudukan cendol ke dalam mangkuk-mangkuk, masukkan ketulan ais (jika ada) dan tuangkan kuah santan dan sirap gula nipah mengikut rasa.

Selepas itu barulah letakan tapai ubi dengan pulut keatas cendol tadi dan sedia untuk dihidang.


Kek Coklat (kukus)

Monday, February 28, 2011


Bahan-bahan:

1. 1 Cawan gula halus ataupun kasar
2. 1 Cawan air panas
3. 4 biji telur (dipukul dengan sudu)
4. susu cair separuh
5. susu pekat separuh
6. 1 cawan serbuk koko
7. milo dalam 2 sudu
8. Tepung bluekey 2 cawan
9. 1 cawan mentega dan cairkan

Cara-cara membuatnya:

1. sediakan tempat kukusan sementara membuat adunan kek
2. Campurkan semua bahan-bahan diatas , gaul sehingga sebati
3. Selepas itu kukus dalam masa 45 minit
4. kek coklat yang dah dikukus boleh dihias mengikut citarasa masing2

Sedia untuk dihidang

Selamat mencuba.

Roti Arab ( Melayu Buat )

Tuesday, February 8, 2011



Bahan- bahan
1. Tepung Gandum 1/2 Kg
2. Marjerin 150 g
3. Yis 11 g ( Peket kecil )
4. Telur 1 biji
5. Susu 4 sudu makan
6. Air secukupnya

Cara- cara membuatnya
1. Campurkan semua bahan- bahan di atas dan uli sehingga sebati
2. Bentukkan doh menjadi bulatan leper
3. Biarkan selama 1/2 jam supaya kembang
4. Panaskan minyak di dalam kuali pada kepanasan sederhana
5. Goreng sehingga berwarna kuning keperangan
6. Angkat dan toskan lebihan minyak

Tips: Sesuai dihidangkan bersama kuah kari daging atau kuah sardin.

SELAMAT MENCUBA

Resipi Jeruk Buah Bambangan

Thursday, February 3, 2011
















Resipi jeruk buah
Bambangan

Bahan-bahannya:

1. Lima biji Buah bambangan yang dah masak
2. 3 biji cili padi
3. Garam ( mengikut citarasa masing2)
4. Cuka ( mengikut citarasa masing2)


cara-cara membuatnya:

1. Potong buah bambangan tadi mengikut bentuk yang diingini tapi disyorkan bentuk empat segi kecil2
2. Hiris cili padi tadi kecil2
3. Gaul bahan2 diatas dengan cuka dan garam sehingga sebati
4. Akhir sekali barulah dimasukan ke dalam balang, dan tunggu sehingga dua hari jeruk anda sedia untuk di makan.

Tips untuk lebih sedap:
Jeruk buah bambangan ni makin lama diperam lagi sedap rasanya.



selamat mencuba..

Resipi Jeruk Tuhau (Tepus Kesing)

Wednesday, February 2, 2011



Resipi jeruk Tuhau (tepus kesing)

Bahan-bahannya:

sepuluh batang tuhau(yang telah dibersihkan, kupas dan ambil bahagian yang lembutnya sahaja)
Garam
cuka (segelas, mengikut citarasa masing2)
cili padi sepuluh (terpulang kepada citarasa masing2)

cara-cara membuatnya:
1.Ambil sepuluh batang tuhau yang telah dibersihkan, dihiris kecil-kecil
2.cili padi dibersihkan dan dihiris kecil2 dan dicampur bersama tuhau yang telah dihiris
3.masukkan segelas cuka dan garam secukup rasa
4.Gaulkan kesemua bahan-bahan diatas sehingga sebati
5.Akhir sekali masukan kedalam balang dan tutup rapat-rapat, selepas dua hari jeruk anda siap untuk dimakan.

Selamat mencuba

Petua untuk wanita yang alah mengandung

Friday, January 28, 2011



Asalamualaikum....

Pengalaman menjadi seorang ibu memang banyak rintanganya, tapi bagi saya saya lagi seksa masa awal-awal mengandung, memang teruk sangat sampai berhenti kerja. Sampai satu tahap suami pergi kerja balik kerja tapi saya masih tempat yang sama (bilik tidur atas katil) memang seksa sangat..makan sikit muntah tu yang lagi sakit tu...

sampailah ada orang yang beritahu petua ni kat saya, barulah saya beransur-ansur sihat dari alah mengandung.Petuanya senang saja ambil buah jambu yang paling muda yang isinya masih putih lagi, setiap kali rasa nak muntah ke atau pening makanlah jambu tu....insyaAllah pening tu akan beransur-ansur hilang.

selamat mencuba

Petua menghilangkan bau daging kambing

Tuesday, January 25, 2011


Disini saya berikan petua menghilangkan bau daging kambing, cara-cara yang biasa dan luar biasa pun ada juga. Pilih mana yang paling sesuai dan paling senang untuk menghilangkan bau khas daging kambing, yang menurut beberapa orang kalau bau khas ini hilang maka hilang pula kenikmatan masakan daging kambing itu.....tapi tu memang betul kalau langsung tak der bau hilang pula nikmat daging kambing tu...jangan takut makan kambing sebab daging kambing ni baik untuk yang berkahwin juga.....hehe....untuk pengemar daging kambing ni hati-hati jangan makan terlalu banyak nanti pening kepala dengan panas satu badan.........panasss

1.Sebelum dimasak daging kambing disiram dengan titisan air jeruk nipis. Jika tidak ada jeruk nipis boleh juga menggunakan daun jeruk limau.

2.Selain air jeruk nipis boleh juga menggunakan daun jambu.Daun jambu itu diramas-ramas bersama dengan daging kambing sebelum dimasak.

3.Sebelum dimasak bungkus dengan daun pepaya dan buah nanas. sebabnya daun pepaya ni buat daging menjadi empuk setelah masak sedangkan nanas untuk menghilangkan bau amisnya.

4.Ambillah 2 potong arang dan cucilah sampai bersih dari kotoran lain. Rebuslah daging kambing bersama-sama arang tadi. dan daging kambing tidak akan berbau lagi.

5.Yang biasa orang tua-tua lakukan untuk menghilangkan bau khas daging kambing hanya dengan cara memotong daging dengan arah yang betul…dengan memotong searah serat daging.


selamat mencuba.....


ketam masak merah..ketam murah kat Borneo...sabah bah tu....


ketam tu kalau nak sedap goreng sampai merah tapi jangan sampai kering nanti isi jadi kecut(hehe..pengalaman sendiri)


Bahan-bahan ( untuk empat org makan )

  • 4 ekor ketam
  • 6 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 10 tangkai cili kering
  • 4-5 helai daun limau purut
  • 3 batang serai diketuk
  • 1 cawan air
  • garam dan gula secukup rasa
  • minyak untuk menumis

Cara-cara

  1. Kisar bawang dan cili kering. Boleh masukkan 1 camb minyak masak untuk lumatkan cili kering.
  2. Tumis bahan yang dikisar sehingga betul2 garing.
  3. Masukkan air, daun limau purut, serai, gula dan garam serta ketam. Masak sehingga pekat.
  4. masukan ketam yang telah digoreng terlebih dahulu
  5. sedia untuk dihidang.

Selamat mencuba..resipi koleksi ini. Puan farah Anis punya koleksi sendiri,(hehe..sialah tu kunu) kalau nak makan ketam puas-puas bolehlah pergi ke tanah Borneo (sabah) ....hehe disabah ketam memang murah berbanding kat semenanjung ni.....tahun lepas kat tepi jalan kat telipok kk ,sekilo baru rm8,00 ada diskaun lagi tu ada free lagi...hehehe memang berbaloi....




Resipi buat suami senyum manja.....hehe

Monday, January 24, 2011


Kambing Bakar Madu

Bahan

1kg daging kambing

60gm halia

2 batang serai

40gm lengkuas

5 ml madu lebah

100gm bawang merah

60gm bawang putih

garam

gula


Cara

1. Gaulkan kesemua bahan yang telah dikisar bersama daging kambing

2. Perapkan selama 20 - 30 minit

3. Panaskan ketuhar dan bakar selama 25 minit sehingga empuk

4. Hdangkan bersama air asam.

Sumber : Majalah NONA, Julai 2007

Resipi Puan Farah anis

kambing Bakar masak kari berempah


BAHAN-BAHAN:
500 gm daging kambing(yang sudah dibakar siap)

2 ulas bawang putih (kisar)
4 ulas bawang merah (kisar)
2 kulit kayu manis
2 bunga lawang
Sedikit garam dan gula dan gula pasir



Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bawang putih, bawang merah bersama kulit kayu manis dan bunga lawang hingga ia keperangan.masukkan kari daging dan kacau hingga naik bau,masukan air.selepas tu tu barulah dimasukan daging yang telah dibakar tadi,tutup periuk.Tambah air jika perlu.Biar hingga daging empuk.Akhir sekali masukan garam dan gula pasir.

Resipi ni sendirian bhd. hehe....kalau nak try boleh juga dijamin suami akan tersenyum manja2 gitu...hehehe...

selamat mencuba.....

aslakm..

Dapur Kak Anis Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino