Tuhau vs Budu

Sunday, October 22, 2017

Assalamualaikum semua...syukur alhamdulilah masih diberikan umur dan diberikan kesempatan bertemu kembali diteratak kak anis.

Disabah terkenal dengan jeruk tuhau..memang menjadi makanan yang paling sedap sekali...orang cakap tak kenal maka tak cinta😂😂

Oleh kerana kak anis berkahwin dengan orang kelantan yang memang suka makan budu...maka terjadilah resipi yang bergegar  bergabung meletop...

Tuhau vs budu....sedap dan kompom nasi berpinggan2...dicampur dengan celur ulam sikit...memang terangkat...
Ok sekian dulu resipi kak anis untuk malam ni...
Walau nampak simple dan senang tapi rasanya memang sedap...cubalah dan rasailah ....hihi

Mula dah meroti

Friday, February 6, 2015

1 kilo tepung
2 peket yis mauripan
Telur 2 biji A
Susu tepung 6 sudu
Susu cair 6
Garam 2 sudu kecik
Lemak sayur 3 sudu
Marjerin 6 sudu
Gula 8 sudu besar (ikutlah mo manis tambah lg)
Air 2 gelas

Kalau pakai breadmaker letak semua sekali lps tu ambil uli sj

Kalau uli guna tangan
Guna air suam . .
Bg campur sekali
Yis
Garam gula
Air suam lps tu tunggu kembang dalam 5 minit.
Bahan

Tepung 1 kilo
Susu tepung
Lemak sayuran
Yg ni bg gaul sampai sebati lps tu tuang air suam yg dah dikembangkan td
Lps tu uli skjp dan baru letak marjerin
Lepas tu baru uli sampai elastik lembut...selalu sy uli dkt 40 minit pelan2 sambil tengok tv. Sdh uli tutup biar kembang dlm 40 mint jg.ok siap utk dibentuk jd roti...

Resipi ini telah di tokok tambah jadi pandai2lah yer...

Selamat mencuba dari kak anis

Dapur oh dapur

Monday, September 8, 2014

Asalamualaikum...setelah berkurun lamanya barulah dapat luangkan masa dan dapat menghidupkan pelita yang kian malap di teratak yang tak seberapa ni... Dahlah bahasa lintang pukang.tapi demi keinginan yang meluap2 nak berblog juga kira halal lah yer..minta maaf jerlah yer tuan-tuan dan puan-puan sekalian...

Mulai minggu ni teratak buruk ni akan mula beroperasi dengan resipi dari encik suami...

Ikan Masak Asam Pedas

Wednesday, June 8, 2011


Bahan-bahannya:

2 keping ikan patin
10 biji cili merah
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 cm halia
2 batang serai
2 potong nanas -dipotong kecil
Air asam jawa
Garam/kunyit secukupnya


Cara Membuatnya:

1. Bersihkan ikan dan perap lima minit dengan air asam jawa.
2. Kisar halus cili merah, bawang merah, bawang putih dan halia. Titik serai.
3. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga wangi. Masukkan serai, ikan, air asam jawa dan dua cawan air.
4. Biar mendidih baru masukkan nanas, garam dan kunyit. Setelah pekat bolehlah diangkat.
5. Hidangkan panas-panas.

Jangan membazir! Ayah tak ada duit!

Tuesday, March 8, 2011

Assalamualaikum semua,
Rasanya entry kali ni agak berlainan daripada entry2 sebelum ni. Bukan nak tukar topik, tetapi hati ni rasa terpanggil pula nak berkongsi cerita. Kisahnya biasa sahaja...selalu sangat terjadi di depan mata. Cuma kadang2 kita aje yang terlepas pandang.

Sebenarnya saya nak bercerita tentang satu adegan yang berlaku depan mata saya waktu sedang shopping tadi. Waktu tu semua orang tengah beratur untuk membayar dekat kaunter cashier. Depan saya adalah seorang lelaki berperawakan agak alim ( pada pandangan saya ). Berkain pelikat, baju melayu lengkap berkopiah sekali. Bersamanya seorang kanak2 perempuannya dalam lingkungan umur 7, 8 tahun (anaknya).Waktu tu lah anaknya ternampak sebungkus coklat ribena blackcurrant dan cakap,
" Eh ayah, ada gula2. Sedap ni rasa dia..." Ujar budak tu minta pengertian ayahnya. Si ayah sekadar diam...tidak menunjukkan sebarang reaksi padahal saya rasa dia dengar dengan jelas apa yang anaknya katakan.
" Ayah...nak beli ni...sedap ni..." Budak itu meminta lagi..dia merenung wajah si ayah penuh harapan.
" Eh! tak payahlah...mahal tu membazir je..." Ayahnya membalas sambil mendengus, menunjukkan perasaan tidak senang dengan permintaan si anak. Aku dapat melihat kekecewaan terpamer di wajah budak tu...yelah kalau ayah tak bagi, apa lagi nak dikata. Tiba2 dia ternampak sebungkus lagi gula2 yang sama dalam paket kecik. Harganya kalau tak salah aku cuma 80 sen sahaja. Wajah budak tu kembali ceria. Agaknya kali ni adalah harapan.
" Ayah, tengok... ni ada yang kecik. Murah je...ayah, belilah ayah."
" Ish, tak usahlah...membazir je makan gula2 tu. AYAH TAK ADA DUIT!!" Ujar si ayah agak geram dengan karenah si anak.

Sekali lagi si anak terlopong. Kehampaan jelas pada wajahnya...dia tunduk, diam dan tidak lagi meminta2 dari ayahnya. Barangkali benar, makan gula2 itu satu pembaziran...barangkali ayahnya betul2 tidak berduit.

Akhirnya mereka berdua sampai di kaunter pembayaran. Si ayah mengeluarkan semua barang yang mereka beli untuk dikira oleh juruwang. Aku sempat melihat sekilas pada barangan yang dibeli oleh si bapa. Semuanya serba sederhana...barangkali memang benar...si ayah tidak berduit. Aku membuat kesimpulan. Akhirnya sebelum membayar...satu kejutan berlaku. Aku terkesima...kali ini aku pula yang terlopong kebingungan.

" BAGI ROKOK SALEM 20 SATU "

Ujarnya meminta dari juruwang ( Di pasaraya rokok selalunya di letakkan di kaunter cashier )

???? apa sudah jadi? betulkah dia tiada duit?
Betulkah dia tidak suka membazir?
Adakah dia seorang bapa yang penyayang?

* Harga terkini untuk sebungkus rokok SALEM 20 batang = Rm 10.00

Resipi Lempeng

Tuesday, March 1, 2011






Bahan-bahan:

1) Tepung gandum (2 cawan)
2) Air (2 cawan)
3) Telur (1 biji)
4) Gula (1 sudu besar)
5) Garam (sedikit)


Cara-cara untuk membuatnya:

Gaul tepung dengan garam.

Masukkan air sedikit demi sedikit sambil kacau. (Susu cair/pekat juga boleh digunakan)


Masukkan gula dan telur. Pukul adunan hingga sebati.

Panaskan kuali, sapu sedikit minyak dan sendukkan adunan ke dalam kuali. Balikkan bila sebelahnya sudah masak.

Enak dimakan bersama kari, rendang atau gula.

Resipi cendol Tapai dengan Pulut




RESIPI CENDOL

Bahan-bahannya:

4 cawan tepung beras*
1/2 cawan tepung ubi*
8 helai daun pandan (ditumbuk)
5 cawan air
1/2 sudu teh garam
Pewarna makanan hijau

Cara membuatnya:

1. Daun pandan yang ditumbuk dimasukkan ke dalam lima cawan air. Tapis airnya dan dimasukkan garam dan pewarna makanan hijau.

2. Ambil 2 cawan air daun pandan tadi (No. 1) dan bancuh dengan bahan tepung. Ketepikan.

3. Lebihan air daun pandan dijerang di dalam periuk. Bila mendidih, masukkan adunan tepung sambil dikacau-kacau. Kecilkan api dan masak sehingga mendidih, terus alihkan dari api. Biarkan selama 5 minit.

4. Adunan yang panas ini dituang ke atas acuan pembentuk cendol yang diletakkan di atas besin berisi air sejuk. Tekan-tekan adunan dengan sudu leper, biar adunan keluar berjalur-jalur ke dalam air sejuk. Biarkan cendol di dalam air sejuk sehingga ia menjadi keras. Tuskan sebelum diguna.

Sirap gula nipah:

600 gram gula nipah
2 cawan air
4 helai daun pandan disimpul

1. Jerangkan kesemua bahan-bahan di atas di dalam periuk sehingga mendidih.

2. Tapis sirap dan ketepikan.

Kuah santan:

1 kg kelapa parut
3 cawan air masak yang telah sejuk
1 sudu teh garam

1. Kelapa parut digaulkan dengan 3 cawan air. Perahkan santan pekat.

2. Masukkan garam ke dalam santan dan ketepikan.

Menyediakan hidangan cendol:

Sudukan cendol ke dalam mangkuk-mangkuk, masukkan ketulan ais (jika ada) dan tuangkan kuah santan dan sirap gula nipah mengikut rasa.

Selepas itu barulah letakan tapai ubi dengan pulut keatas cendol tadi dan sedia untuk dihidang.


Dapur Kak Anis Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino